Langkau ke kandungan utama

Paku Rock Maze Garden, Bau: Walking Through Nature’s Living Maze

Paku Rock Maze Garden

Langkah kaki ke dalam Paku Rock Maze Garden, saya percaya, tidak macam tempat biasa, tetapi macam tayangan di skrin besar berkaitan fairy land. Macam juga kita berjalan di dalam sesuatu yang hidup dan hutan batu-batuan yang bernapas.

Tempat berjalan kaki adalah campuran walkway yang selesa dan juga pejalan yang semula jadi di antara batu-batuan. Sekejap berjalan di tempat yang tersusun dan sekejap di tempat yang kita perlu mengimbangi badan dengan betul. Kalau kita jenis yang tiada skill imbangan badan, kita ada alternative jalan yang lain di tempat yang sama. Pilihan jalan tetap ada.

Ada juga jambatan bambu/jambatan buluh yang sempit bagi orang yang suka “adventure lasak”. Berjalan di atas jambatan bambu itu perlu skill imbangan badan yang baik…tetapi dia ada hand guard tempat kita memegang semasa berjalan di atas jambatan bambu itu. Tidak ada apa-apa yang spesial, tetapi is Rustic & menarik – sungguh original.

Batu-batu / Limestone terpacak timbul ari bawah tanah, diliputi lumut-lumut dan akar-akar kayu berkait di sekeliling batu-batu. Ada tempat yang kita rasa macam tempat berlatih atau kursus cabaran rintangan, dan ada tempat yang sempit. Tetapi yang pasti, kita mesti berjaga-jaga dan kita kena pakai topi yang keras dan kasut yang sesuai (safety boots). Di situ atau di tiap penjuru, terdapat penjaga sekiranya pertolongan diperlukan. Setiap Langkah perlu berhati-hati oleh kerana batu-batu disitu ada yang tajam atau licin.

Itu yang membuat tempat ini menarik dan unik.

Didalam Kawasan itu, terdapat penjualan makanan ringan dan minuman – makanan dan minuman disitu semuanya dari kategori “special” , mereka tidak jual “Kopi O” atau “Teh O” tetapi mereka jual minuman yang special bertaraf 5 bintang, selain dari Mineral water or drinking water.

There are other activities in and around the area, such as handicrafts, explorasi budak-budak, tempat berehat & membaca buku, atau ambil gambar. Bukan tempat kita “berjalan masuk dan keluar terus”. Ia adalah tempat untuk kita mengalami berjalan di tempat natural.

Terdapat kolam kecil untuk labi-labi kecil, tempat rehat di bawah canopy pokok, kolam katak, dan sungai semula jadi tempat ikan-ikan.

Dia bukan manicured garden dan juga bukan tempat commercial park, tetapi di antara dua konsep itu, cukup untuk kita menikmati keindahan alam sekitar.

(Terdapat beberapa sektor yang saya tidak sempat pergi dan ambil gambar).























Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Kematian Teknologi PayPhone menjadi masaalah kepada yang hidup

Pada era tahun 1980’an hingga ke era 1980’an, Kerajaan Malaysia dan Syarikat-syarikat telah memasang sekitar 60,000 public phone di seluruh negara. Mula-mula dengan era TM and Uniphone. Public phone masa itu diguna dengan memasukkan syiling 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Tapi pada tahun 1990’an, system telah dimajukan sedikit dimana kad boleh digunakan. Pada masa itu, phonecard adalah kad yang mesti ada dalam dompet selain daripad kad bank dan kad pengenalan. Bangkai Public Phone Bangkai Public Phone Saya masih ingat lagi payphone itu semua boleh di “hack” dimana sesiapa yang pakar “hack” boleh guna berja-jam sehingga telinga mereka berasap!..tetapi kalua di Kawasan orang ramai, susah juga mahu hack sebab ramai orang lain perlu gunakan pada masa masa tertentu, tetapi pakar hacker itu semua akan hack juga Ketika semua orang lain sudah tidur, terutama untuk menelefon ke luar negara. Pada penghujung 90’an..kedatangan mobile teknologi seperti ATUR 50, dan seterusnya GSM, barisan yang menu...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...